Berita Jam Lapan!
Date: 9/28/04 at 8:14AM
Assalammualaikum.. Saya farit ismit gulam khan melaporkan utk berita jam 8...
Laporan akhabar utama menyatakan, Seorang profesor mengkaji bahawa sesuatu yang lepas pasti akan berulang kembali. Maka setelah dakwaan nye itu, ramai yang sakit kepala. Termasuk saya sebagai penyampai berita ini. Pada pendapatnya, kalau seseorang individu itu rapat dengan seseorang, maka dia akan terus rapat. Walaupon individu itu sudah berpunya atau dengan kata saintifiknya, berkawin. Walaupon pihak kami tidak dapat mengenalpasti dari mana sumber-sumber tersebut diambil oleh pihak ini. Namun yang pasti pihak kami tidak bersetuju dengan pendapatnya. Disini, wartawan kami, jamil sulong melaporkan dari PWTC.
P: "Hallo jamil... Jamil.. kami tidak dapat mendengar suara anda dengan jelas."
J: "Kreeghhhh kreeghhh.... Arrkk... zzz ZZZzzz Yer jeman... grrrghhh bbbb Maaf Jeman, gangguan pada sistem setelit."
P: "Teruskan jamil, Saya bukan di Jerman"
J: "Tidak, tidak.. saya bukan kata di German, Tapi kamu namanya Jeman. Baik jeman, kami baru saja menemuramah pihak terbabit. Mereka menjelaskan bahawa, perhubungan seseorang tidak akan berubah pada bila-bila masa. Sebagai memberi pendapat, katakan seorang lelaki pernah baik dengan seorang perempuan, maka grrhhhhh... zzzzz tmmttppititt... lelaki itu akan sentiasa mengingati perempuan tersebut sepanjang masa. Walaupon zzz Zzzz bbgbgbghhh dia sudah berkawin."
P: "Kami kurang jelas jamil"
J: "Maaf jeman, talian tak baik"
P: "Bukan, bukan, maksud kami, kami kurang jelas penerangan anda. Bukan berkenaan siaran ni"
J: "Ohhh.. malu2... Begini Jeman, beliau berpendapat, sekiranya kite mengenali seseorang, maka kite akan kenal orang tersebut mengikut apa yg telah kite kenali. Jika saya kenal Jeman pernah ditangkap berduaan dengan En hasim, maka saya akan saya akan kenal Jeman sebagai homo selamanya. Beliau berpendapat, sejarah sentiasa akan berulang."
P: "Syyyy.... jgn cakap kuat2. Tu cerita lama. Saya sekarang sudah berkawin. Isteri saya perempuan! Saya bukan homo lagi. Itu cerita lama. Sekarang saya berubah. Awak tidak kenal saya jamil. Jadi jangan buat sangkaan tersebut."
J: " Itu yang saya maksudkan Jeman. Pendapat yang kita tahu sahaja tidak mencukupi untuk mengadili seseorang itu. Kita tak boleh mengambil sejarah sepenuhnya untuk mengadili orang lain. Kemungkinan luaran kite tetap sama. Jeman tetap jeman, tetapi dalaman kite berbeza. Dalaman kite berubah."
P: "Ohh begitu jamil. Terima kasih jamil."
J: "Kami tidak berpuas hati dengan pendapat profesor tersebut. Namun apa yang boleh saya katakan. (kalau langit itu biru jgn katakan ia biru. Mungkin ada kehitaman disebaliknya. Kalau Nila itu biru jgn dikatakan nila itu sentiasa mebirukan, kerana ia memutihkan. Saya Jamil Sulong dari PWTC utk berita jam 8."
Ia begitu laporan wartawan kami. Jadi kami menyimpulkan disini, bahawa jangan menjadikan hidup orang lain susah kerana itu pendapat kamu. Seperti saya dan Jamil. perhubungan kami tadi tidak begitu jelas. Jadi tidak bermakna kami sentiasa bersalah pendapat. Begitu juga pendapat kamu mengenai seseorang yg kamu tidak jelas peribadinya. Bagaimana kamu boleh memberi pendapat yg kononnya begitu membina? Ape kejadahhhnya ini????Mungkin pendapat kamu tidak membawa apa makna kapada orang lain apatah lagi kebaikkan. Jadi disini kami ingin mengatakan.... "SHUT YOUR F**KING MOUTH!!! GET d HELL OUT OF HERE!"
Sekian dahulu dari berita jam 8. Terima kasih...
Monday, June 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment