PTPTN...
Date: 2/24/05 at 4:36AM
Hi... today i want to talk about ptptn... Sorry no mood to write in english today. so gonna write in malays. :p...
Apa itu PTPTN?
Perbadanan tabung pendidikan tinggi nasional....
tujuan?
Menjadi sebuah institusi kewangan yang terunggul dengan sumber kewangan sendiri bagi membiayai pinjaman pendidikan untuk semua peringkat pengajian di IPT.
Misi PTPTN?
(i) Menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar yang layak;
(ii) Mengurus pembayaran balik pinjaman daripada pelajar;
(iii) Menyediakan skim simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi; dan
(iv) Meningkatkan saiz dana melalui pelaburan.
Objektif?
Memastikan pembiayaan pinjaman yang efisyien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.
***************************************************
Hummm... dah seminggu ni asik cete pasal ptptn jer. so ape cetenye? Byk cete nak dicetekan. byk gak cete yang nak tambah cete tu kasik menarik. Ermm kerajaan mengeluarkan dana melebihi 7 billion (bukan juta ekkk...) untuk membantu pelajar. tapi stakat ni tak lebih 100 juta yg dibayar balik.. Fuiiyooo.. byk tu.... bukan byk dah bayar.. bayak yg tak bayar lagi... Hummm... camne cete nih...
Pada aku... aku boleh bahagi 4 jenis golongan peminjam yg wat ptptn pening... 2 golongan yg ok... 2 golongan lagi yg KO!
1. Org yg pinjam... sampai masa... dier bayar.. cukup baik. tak kira dia anak org yang kaya... atau cukup gaji... nak kasik duit kat family. kene tanggung adik2... atau macam2 alasan yg org lain boleh bagi. tapi dier still bayar.. Respek kat org2 nih.. respek abis. sbb tak ramai yg boleh buat camnih. Lelagi memaner yg belajar kat Ipts. Bayangkan kalau korang kuar U, gaji 1700... nak kasik org lain.. then bayar ptptn dekat 400 lebih, brape yg tinggal? tapi sebab golongan ni rasa dia ada tanggungjawab, so dia bayar.. Respek... Tabik!!! Aku pon nak jadik golongan ni bile abis.. fuhh sib baik la utang tak byk... bayo sebulan sratus lebih je. 10 thn.. hhmmm 4 thn abiskan ok tak?
2. Golongan yang nak bayar tapi kesempitan duit atau still tak keje. Golongan ni ada yg datang dari gaji yang kecil.gaji 1500 utk bayar 400? blum letak sewa umah, kasik family, makan minum.. so logik la kan kalau golongan ni nak mintak tangguh or mintak kurang. At least dier berusaha nak cube bayar. ada kesedaran. ada kemampuan cume kemampuan dia org ni blum sampai tahap yg mampu nak bayar. yer ler org abis belajar nak gak beli barang2 umah. nak kawin. so nak wat camne? sok kawin.. laki pon sama gak. utang ptptn gak. camne? kalau dedua dari ipts? sebulan 400 sorang? so laki bini dah 800++.
3. Golongan yg sengaja wat byk alasan semata tanak bayar. Ni le golongan bikin paper penuh je. buat radio era bising. komen kat tv wat alasan yg pelik2... Dlm golongan ni ada la 2 org. satu yg cukup duit satu tak cukup duit. Yg tak cukup duit, ok le kan, cume jgn la wat alasan yg tak logik. Cth,
"saya tak tahu kat mana saya nak hantar money order."- Hello... website kan ada. Dulu agrement kan ada. kite ni bukan zaman tok kaduk menangguk ikan kat sg kelang lagi. maklumat didepan mata. maybank2u, bcb, rhb. ape lagi nak? Tapi lagik la kalau org yg wat alasan ni tak dpt keje lagi. mana taknya... kalau dah mende simple camnih pon tak tahu nak carik, camne nak carik keje?
"saya nak kene family, kad kredit, tempat tinggal" takkan la nak kasik family sampai 1000 sebulan? takkanlah kalau 100 pon tak boleh bayar? takkan lah dengan alasan ni ptptn nak terima yg kite tak mampu bayar? bayar utang kad kredit boleh, takkan bayar ptptn tak boleh? utang kad kredit tak boleh kasik gaji kite naik. tapi dengan ptptn, kite boleh dpt gaji yg lebih tinggi!
Hmmm... alasan ni still ok kalau awak tu kene bayar 4-5 ratus. sian ipts... bebudak MMU je kene bayar lebih dari 400. Mostly keluar bukan jadik pegawai bank. jadik designer, jadik programmer. Kepada x-ipta, jgn ingat belajar ipts tu keluar gaji tinggi. designer pon gaji tak lebih lagi 1700. aku ni keje kat HR maybank.. aku tahu le brape ramai budak ipta n ipts yg masuk maybank. aku brani ckp, 90% yg masuk maybank ialah x-ipta. Brape x-ipta bayar ptptn? ada lebih 200? Oh ya, starting utk degree kat maybank lebih dari RM 2100. so kalau keje 3 thn (assume 3 thn baru nak bayar ptptn) gaji dah 2500. takkan takleh bayar bang? baru bayar 200. tukar sportrim harga 1500 boleh ape? takkan bayar utang takleh kot? Anyway.. belajar2 la nak bayo. Org lain memerlukan duit nih. kalau bukan sekarang, maybe anak2 kite...
4... Golongan paling cilake. "Saya tak kisah kalau nak senarai hitam saya. saya dah buat pinjaman kereta, dah buat pinjaman rumah"... Ehhh ingat dengan dah buat pinjaman tu awak tu dah selamat? heiiiyaaaa.. BNM blacklist so maknenye lepas ni takleh nak wat loan semua tau! yg dah lepas pon sesilap tak boleh gak. apa kata lepas ni nak wat loan utk anak? nak loan asb? nak wat kad kredit? nak wat insuran? semua ada kene mengena ngan BNM! Ohhh yaa... BNM tu takde le besar sgt kan. ape le sgt ngan BNM. aku dah wat loan. takyah bayar ptptn pon tak kisah.. tapi ingat..... blacklist bnm tak kemana pon. how about blacklist ngan tuhan? dengan sebab perangai ni le nanti anak cucu kita tak dpt loan? abis kalau tak dpt loan camne nak sambung belajar? bapaknye dah blacklist bnm? camne nak loan? "alah nakk... ko keje parking kete dah la nak... ni silap ayah... dulu ayah tanak bayar utang. skang ni dah la kerajaan tanak tolong, ayah nak wat loan pon tak boleh. pandai2 la kau carik keje..." Nak ke camnih? Ishh malu le sket... sedar le.. umah kate pegi.. kubur kata mari... utang tu bayar. awak tu dah dpt byk kelebihan. takde ptptn, awak tu takde le bergaji besar. betapa besarnya rahmat tuhan kasik kesenangan utk belajar. kite kene bayar skek jer... Tak pernah ke golongan ni tanya kat org zaman dulu? macam mana susahnya nak carik duit nak study? or maybe org ni memang tak pernah kisah ngan org lain?
Hmm.. aku just bebel arinih sbb aku kisah. 1st aku kisah sbb ptptn dah nak abis duit. aku still nak gune bayar yuran. walaupon aku tak kisah kalau tak dpt pinjaman. tapi still pinjaman tu menyenangkan aku. Aku tahu aku kene bayar charge 3%, but thats ok. mana ada mende free? kalau ptptn menyenangkan aku, alhamdullillah. Aku bebel gak sbb ramai yg tanak bayar. tak sedar. Mana yg dah sedar, mana yg dah buat bayaran... teruskan. semoga allah bykkan lagi rezeki korang. sure tuhan sayang kat org yg menepati janji n bersyukur ngan apa yg dier dah dpt.
Mana yg tak sedar ni, sedar la... masa depan, ramai lagi yg nak pakai duit yg korang dah guna. anak2 kite... cucu kita... apa kata dia org kalau korang tanak bayar? ni la org zman dulu.. tanak bayar. abis sekarang ni macam mana kite nak belajar? macam mana kite nak maju? kengkadang korang tak sedar yg duit ni sebenarnya kalau tak kasik kat org2 yg tanak bayar, kerajaan dah boleh buat macam2 projek. boleh buat putrajaya lagi satu (sure kerajaan lagi untung dlm masa depan). boleh wat hospital utk org2 miskin. boleh wat bantuan utk org miskin. boleh majukan lagi it kat msia. boleh wat macam2 mende ngan nilai 7 billion!!! tapi sayang gak kerajaan kat korang. nak rakyatnya maju. nak rakyatnya ada pendapatan tinggi. nak rakyatnya memajukan lagi msia utk masa depan msia. cume ada sebahagian rakyatnya yg tak menghargai apa yg dah dia org buat. sedar la.. malu sket kat diri sendri. gaji beso.. tapi utang wat tak tahu! ape le nak jadik... sedar la.. malu pada anak2 kita. Jgn sampai anak2 kita kutuk diri kita balik... malu pada org tua kita. malu pada diri sendri. bayar la... Bagi org melayu yg tanak2 sedar nak bayar nih... sedar la... ramai kaum lain yg tunggu peluang macam ni. tapi kerajaan masih utamakan org melayu. apa nak jadik ngan org melayu kalau still camnih?
Hmmm... anyway... mana yg dah berusaha... teruskan. mana yg tak nak bayar ni... tolong la bayar... ramai yg masih memerlukan. percaya la, kalau keadaan ni berterusan... one day... kerajaan pon dah tanak tolong kita. tanak tolong masa depan kite. percaya la....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment